RINGKASAN...

"malaysianoutdoors.blogspot.com" ADALAH BLOG MAJALAH SECARA ONLINE ATAU DIPANGGIL "E-MAGAZINE " KEUJUDAN MAJALAH ONLINE INI BAGI MEMENUHI KEHENDAK RAMAI PEMINAT SUKAN OUTDOORS TIDAK KIRA SUKAN PEMOTORAN MAHUPUN AKTIVITI PERCUTIAN SEMUA SEKALI KITA AKAN CUBA MASUKAN DALAM MAJALAH ONLINE INI, UNTUK MASA INI PIHAK "malaysianoutdoors" MASIH LAGI DI PERINGKAT PERMULAAN MEMBENTUK SATU BENTUK MAJALAH YANG MENARIK PERHATIAN RAMAI, BAGI FASA YANG KEDUA PULA PIHAK KAMI AKAN MENDAPATKAN ARTIKEL-ARTIKEL DARI SEMUA SAHABAT-SAHABAT "OUTDOOR" UNTUK DIMUATKAN DI DALAM MAJALAH INI . "malaysianoutdoors" HARAPKAN SOKONGAN DARI KORANG SEMUA UNTUK TERUSKAN BLOG NI DAN TOLONG LAH KLIK SEKALI "JOIN THIS SITE" DAN "FOLLOW THIS BLOG" DI RUANGAN KECIL SEBELAH KANAN. TQ

Tuesday 17 January 2012

Tentang Brindley Training & Camp

Tentang Brindley Training & Camp 


Brindley Training & Camp adalah sebuah syarikat pengendali Kem & Perunding Latihan yang beroperasi di Kompleks UNITI, Pasir Panjang, Port Dickson Negeri Sembilan.
Latar-belakang Hutan Simpan Pasir Panjang dan menghadap terus ke laut Selat Melaka menjadikan Brindley Training and Camp (BTC) sebuah kem latihan yang unik dan menarik, menawarkan pelbagai aktiviti 2 dalam 1 iaitu kemudahan latihan indoor dan outdoor di dalam satu premis latihan. Kebanyakan Jurulatih disini adalah rakan-rakan lama ku dulu.
 
Lokasi strategik yang dilengkapi dengan kemudahan untuk aktiviti-aktiviti hutan dan juga air menjanjikan pengalaman outdoor yang mencabar serta menyeronokkan. Kem ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan latihan indoor dan kursus seperti bilik-bilik seminar, dewan besar dan surau. Segala kemudahan dan perkhidmatan yang kami tawarkan tentu dapat memenuhi keperluan dan citarasa pelbagai golongan remaja dan dewasa, sektor perkhidmatan awam maupun swasta.

 

 

 

 

 


Alamilah pengalaman yang mencabar keyakinan dan keberanian dengan aktiviti abseiling di tebing tinggi di tepi laut!
Pupuklah kerjasama dan semangat berpasukan dengan aktiviti berakit di persisiran laut Selat Melaka!
Cabarlah ketahanan fizikal dan keyakinan berada di air dengan berkayak ke Pulau Perjudi!
Terokailah hutan lipur Pasir Panjang untuk menikmati flora dan faunanya dan rasailah suasana malam di hutan yang sunyi dengan latar bunyi unggas dan cengkerik!
Brindley Training and Camp (BTC) terletak kira-kira 15 km dari bandar Port Dickson yang merupakan destinasi perlancongan yang popular di Malaysia. Antara tempat-tempat menarik yang terletak tidak jauh dari BTC ialah Pantai Lagun Biru, Pantai Teluk Kemang, Hutan Rekreasi Tanjung Tuan dan PD Ostrich Farm.
 
 
Misi Brindley Training & Camp
Misi utama kami adalah menyediakan pusat latihan yang kondusif untuk aktiviti dalaman dan luaran di samping kemudahan penginapan yang sesuai dan penyediaan makanan berkualiti. Kami juga mempunyai barisan jurulatih yang berpengalaman, terlatih, komited dan juga professional dalam mengendalikan program latihan.
  1. Aktiviti outdoor yang mencabar.
  2. Kemudahan aktiviti indoor yang baik.
  3. Aktiviti yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan.
  4. Penginapan yang sesuai dengan bajet pelanggan
  5. Masakan yang menyelerakan
Selain dari menyediakan kemudahan latihan indoor dan aktiviti outdoor kepada syarikat swasta, jabatan dan agensi kerajaan, kami juga menawarkan pakej program motivasi khas untuk pelajar, kelab dan persatuan.
Program yang diatur ini adalah selari dengan kehendak negara untuk membangunkan Modal Insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
 
Antara Program Motivasi adalah
i) Program Motivasi Modul 'Smart Learning
ii) Program Motivasi Modul Siswa Waja
iii) Program Motivasi Kepimpinan dan Pengurusan Masa

LivE aKu..........: untuk orang ISLAM Penting !!!

LivE aKu..........: untuk orang ISLAM Penting !!!: F ADHILAT AL-FATIHAH Rasullullah telah bersabda yang bermaksud : "Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segal...

Thursday 12 January 2012

untuk orang ISLAM Penting !!!






















Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.




Tuesday 10 January 2012

korang ingat tak masa korang sekolah dolu-dolu hehehe

Ingat x benda nie?? :)

1-Kat skola ade salesman jual buku cerita. Hari ni bg list, esok


 mintak duit kt parents nk beli walaupun cerita buku tu dah tau.

2- Salesman jual air vitagen/susu pon camtu gak.Mesti nak beli


walaupun dah tahu mak ayah pun boleh beli jugak kat kedai...

3-Kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gambar je. Tapi


 bile ade program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku.Semata-mata

 nak penuhkan buku Nilam tu.

4- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....

5-Pakai pensel box yg boleh bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat


 tgh2..

6-Main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. Padahal itu fungsi 


sbnr, utk padam!

7- Pakai pembaris yg bergerigi,,yang kat dlm tu ade air.Pastu ade


 bende berkilat dlm air tu...


8- Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tgh2 tp x


 pernah nmpk cikgu pegang pn kat situ.


9-Bulu ayam jd ramping sebab sering dijadikan rotan.

10-Datang sekolah awal2 pagi,,pastu pinjam buku kawan sbb takot


 kene cikgu denda kalau x siap kerje sekolah.Mase tu mula lah 

tulisan macam cakar ayam!

11-Selalu je kene berdiri kat atas kerusi,x pun kat luar kelas 


sebab x buat homework.

12- Time pendidikan seni, lukis semua boleh...Cantik plak tu. Tapi


 bile time warna semua hampeh. Ade gak buat anyaman pakai kertas

 warna, kolaj la, ape la...

13- Main game 2D. Super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

14-Beli buku peraduan lekat2 digimon laa... Habis satu buku siap 


lekat ngn sticker,,tp x mnng2 gk.

15- Cakap x takut BCG tp lepas inject poyo la pulak... Ade yg


 nangis2 plak tu..

16-Balik skola beli JoJo,,tak pun beli Dendang. Tora pon best gak.


 Beli semata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.



17- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV boleh tembak


 alien tu..Tapi bile dah masuk darjah 5,6,,da upgrade ke ksut

 brtali / kasut yg ade gtah kt dpn tu.

18- Siri kartun Dragon balls, Power Rangers, Ultraman, Ninja


 turtles, Thundercats, Maskman,Gaban,Doraemon,Powerpuff Girls, dan

 mcm2 lg. Jangan lupe semua ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn

 bende2 ni..Asyik ngadap TV n PS je..

Kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent


. huhu..Ni la baru zaman kita kawan2.. pas r kt member2 korang...

. mesti diorg tersengeh2 bace mende nih.:)

*Ada yg kena ngan korang ker? Yang mana satu?? (。◕‿◕。)

Monday 9 January 2012

KETAGIH SEKS, REMAJA MAUT SELEPAS MELANCAP 40 KALI SATU MALAM!!!!

TRIBUNNEWS.COM melaporkan, seorang remaja berusia 16 tahun yang asal Brazil dilaporkan meninggal dunia akibat kebanyakan melakukan masturbasi awal minggu ini.

Dia dikatakan melakukan masturbasi berulangkali sebanyak 40 kali sepanjang malam, pada bulan yang lalu, dan ditemui telah meninggal pada keesokkan hari oleh ibunya.

Sebelum kejadian, ibunya telah mengetahui anaknya mengalami masalahketagihan seks dan merancang untuk membawa anaknya ke menadapatkan rawatan bagi mengubati ketagihan seks tetapi melampau tetapi malangnya dia terlambat.

Seorang teman kelas remaja lelaki itu yang namanya dirahsiakan itu mengatakan sahabatnya itu sangat ketagih seks dan suka melihat tubuh perempuan dalam segala bentuk dan tidak mengira umur.

Dia juga bahkan pernah meminta temannya menonton dirinya melakukan masturbasi melalui kamera. Siasatan mendapati bilik remaja dipenuhi majalah pornografi. Bahkan, terdapat gambar-gambar yang mengghairahkan dan filem berunsur seks juga ditemui di komputernya.

Sunday 8 January 2012

TGNA: Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir

TGNA: Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir


Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya. Firman Allah SWT :
يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi.

Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya. Firman Allah SWT :
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW.

Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya. Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh?

Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. Allah SWT berfirman :
وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ

Yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya :
فرقت به جماعتهم!

Yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?

Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa.

Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?

Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar. Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor.

Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.

Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar. Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama.

Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan. Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : اللهم قد بلغت (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

Sekian.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011  

aDa LaGi Da....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...