KEPADA MEREKA YANG PERNAH BERSAMA ARUAH...........
Ini masa aruah abah zaman muda aku pun x der lagi
segak kacak bergaya
masa mula jadi anggota Polis
Ini Masa aruah abah dengan Mak bersanding
majlis kahwin ker tunang ni ek entahla...
mak dan aruah abah dah kawin ker belum aku tak tau
zaman baru kahwin balai Kuala Kangsar
aruah abah dan paklang sesama tugas di balai Kuala Kangsar
yang kena dukung tu aku la .....
masa ni aku dah dapat adik akma..yang kena dukung tu la
parang yang abah pegang tu pun ader lagi sampai sekarang
masa terindah bagi aku eh sapa lak kat belakang tu macam kenal
masa ni dah pandai pakai semat dah ni, mcm pernah pakai jer baju abah tu
akma dan abah
cuba bandingkan gambar arlia dengan Akma kat atas tu sama tak
masa ni dah pindah ke berek polis Sungai Nibong ,Penang
masa ni balik beraya ker sedara kawin aku tak ingat di Karai...
Paksu dan Aruah abah
Bulat Family
inilah saat yang paling aku rindu ....
kalau boleh diputarkan dunia balik untuk aku kucup tangan mu akan aku lakukan...
Aruah abah bersama adik2 ku di lembah kuala kangsar
masa ni dah pindah ke UPP perlis
masa ni hari jadi abah kita orang cuma buat kek pandan jer hehehe
hadiah ni sebenarnya dari adik aku akma dia cukup rapat ngan Aruah
Aruah abah dengan kidah masa ni aku dah mula hisap rokok
ada bekas bawah kerusi tu hehehe
hari yang paling x dapat aku lupa setiap tahun aku akan menitis airmata
setiap kali aku terlibat dengan bbq.
kalau hari raya di perlis dah tentu aku dan aruah kena bakar daging..
masa ni abah dan mak bersiap nak bawa aku g angkat nikah kat Port Dickson.
hari bersejarah pada adik aku dialah yang terakhir mendapat restu dari aruah abah.
dan aruah meninggalkan kami pada tahun ini juga 2006
DAN SEBENARNYA INILAH SAAT YANG AKU INGINKAN PADA MASA INI
abah ijan tahu ijan banyak buat salah dan dosa pada abah untuk mintak maaf mungkin tidak lagi apa yang mampu ijan lakukan hanyalah berdoa kepada hadrat ilahi supaya abah dapat tenang di sana. abah ijan tahu abah nak sangat timang cucu masa awal perkahwinan ijan .Setiap kali ijan balik kampung abah akan tanya benda yang sama masa tu tuhan saja yang tahu ijan terasa kecewa sebab x dapat bagi lebih awal cucu pada abah. Bila akma kawin dan mengandung ijan dapat lihat abah terlalu gembira dan suka hinggakan abah buat persiapan awal untuk sambut cucu, tapi apakan daya 2 minggu selepas raya semasa akma mengandung 5 lima bulan abah terlebih dulu di panggil ilahi ternyata tuhan lebih sayangkan abah lagi. betapa kecewanya kami pada masa tu sebab tak dapat menunaikan hasrat abah. apatah lagi pada akma. masa tu ijan jadi buntu sebab semua nya dalam masa yang begitu cepat dan adik2 masa tu masih lagi belajar dan mak hilang panduan sekejap. mujurlah ada sedara- mara yang dapat menenangkan mak.
Abah ijan juga tahu kami dah banyak kali bagi abah kecewa terutamanya bila kami terbaca surat yang abah berikan kepada ketua polis masa tu supaya tidak ke terengganu hinggakan abah sanggup pulangkan pangkat semula semata-mata nak mengembirakan kami sekeluarga dan ijan berdosa pada abah kerana itu ijan x bercakap dengan abah .. maafkan ijan abah......................tiada lagi seorang abah didunia ini untuk ijan selain abah...abah sanggup menjadi seorang kawan bila diperlukan ijan rindukan abah saat ini ........al-fatihah......
3 comments:
terharu cik ina baca...al-fahihah utk arwah abg nadzir....hargai la ibubapa selagi ada hayat mereka...sekarang Ijan masih ada mak, so hargai dan berbakti la pada dia selagi ada hayat dia....sama2 la kita menghargai mak bapak kita...
terharu cik ina baca...al-fahihah utk arwah abg nadzir....hargai la ibubapa selagi ada hayat mereka...sekarang Ijan masih ada mak, so hargai dan berbakti la pada dia selagi ada hayat dia....sama2 la kita menghargai mak bapak kita...
Assalamualaikum along, terharu dan tersentuh maksu bila membaca coretan along. Abah Along, abang maksu, abang yg cukup rapat malah hubungan kami lebih seperti anak bapa dan sahabat. Abah adalah org pertama yg maksu cari setiap kali maksu ada masalah kalaupun tidak mendengar pendapatnya, abah ada sepasang telinga yg setia mendengar keluh kesah adiknya ini. Dari kecil maksu menghabiskan setiap cuti sekolah dengan abah malah dia yg membelikan baju raya utk maksu setiap kali raya kerana mau adik ppn nya terlihat ppn bukan lelaki. Saat akhir hidup nya ketika ke melaka perkahwinan akma, abah minta fiqah potretkan foto dia dengan mak kamu. Romantis sangat foto tu. Ketika kami pusing2 bandar melaka, abah minta maksu lead, katanya dia pening dan bercelaru. Maksu heran dan jadi sedih mengingatkan dulu ketika maksu kecil tangan tu yg memimpin maksu kemana2 membawa maksu pusing2 bandar kuala kangsar, penang dsb. Saat itu dia sudah menunjukkan kelainan. Along sebagai mana along kehilangan abah, maksu kehilangan abang. Selepas ini dlm kami adik beradik mungkin maksu akan menyusul abah. kesihatan maksu yg terganggu sama seperti abah. Penyakit yg sama seperti abah semakin hari, semakin kronik... maksu minta along bimbing lah adik2 termasuk anak2 maksu. Jaga mereka.. mereka juga adik along.
Post a Comment