RINGKASAN...

"malaysianoutdoors.blogspot.com" ADALAH BLOG MAJALAH SECARA ONLINE ATAU DIPANGGIL "E-MAGAZINE " KEUJUDAN MAJALAH ONLINE INI BAGI MEMENUHI KEHENDAK RAMAI PEMINAT SUKAN OUTDOORS TIDAK KIRA SUKAN PEMOTORAN MAHUPUN AKTIVITI PERCUTIAN SEMUA SEKALI KITA AKAN CUBA MASUKAN DALAM MAJALAH ONLINE INI, UNTUK MASA INI PIHAK "malaysianoutdoors" MASIH LAGI DI PERINGKAT PERMULAAN MEMBENTUK SATU BENTUK MAJALAH YANG MENARIK PERHATIAN RAMAI, BAGI FASA YANG KEDUA PULA PIHAK KAMI AKAN MENDAPATKAN ARTIKEL-ARTIKEL DARI SEMUA SAHABAT-SAHABAT "OUTDOOR" UNTUK DIMUATKAN DI DALAM MAJALAH INI . "malaysianoutdoors" HARAPKAN SOKONGAN DARI KORANG SEMUA UNTUK TERUSKAN BLOG NI DAN TOLONG LAH KLIK SEKALI "JOIN THIS SITE" DAN "FOLLOW THIS BLOG" DI RUANGAN KECIL SEBELAH KANAN. TQ

Tuesday 17 January 2012

Tentang Brindley Training & Camp

Tentang Brindley Training & Camp 


Brindley Training & Camp adalah sebuah syarikat pengendali Kem & Perunding Latihan yang beroperasi di Kompleks UNITI, Pasir Panjang, Port Dickson Negeri Sembilan.
Latar-belakang Hutan Simpan Pasir Panjang dan menghadap terus ke laut Selat Melaka menjadikan Brindley Training and Camp (BTC) sebuah kem latihan yang unik dan menarik, menawarkan pelbagai aktiviti 2 dalam 1 iaitu kemudahan latihan indoor dan outdoor di dalam satu premis latihan. Kebanyakan Jurulatih disini adalah rakan-rakan lama ku dulu.
 
Lokasi strategik yang dilengkapi dengan kemudahan untuk aktiviti-aktiviti hutan dan juga air menjanjikan pengalaman outdoor yang mencabar serta menyeronokkan. Kem ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan latihan indoor dan kursus seperti bilik-bilik seminar, dewan besar dan surau. Segala kemudahan dan perkhidmatan yang kami tawarkan tentu dapat memenuhi keperluan dan citarasa pelbagai golongan remaja dan dewasa, sektor perkhidmatan awam maupun swasta.

 

 

 

 

 


Alamilah pengalaman yang mencabar keyakinan dan keberanian dengan aktiviti abseiling di tebing tinggi di tepi laut!
Pupuklah kerjasama dan semangat berpasukan dengan aktiviti berakit di persisiran laut Selat Melaka!
Cabarlah ketahanan fizikal dan keyakinan berada di air dengan berkayak ke Pulau Perjudi!
Terokailah hutan lipur Pasir Panjang untuk menikmati flora dan faunanya dan rasailah suasana malam di hutan yang sunyi dengan latar bunyi unggas dan cengkerik!
Brindley Training and Camp (BTC) terletak kira-kira 15 km dari bandar Port Dickson yang merupakan destinasi perlancongan yang popular di Malaysia. Antara tempat-tempat menarik yang terletak tidak jauh dari BTC ialah Pantai Lagun Biru, Pantai Teluk Kemang, Hutan Rekreasi Tanjung Tuan dan PD Ostrich Farm.
 
 
Misi Brindley Training & Camp
Misi utama kami adalah menyediakan pusat latihan yang kondusif untuk aktiviti dalaman dan luaran di samping kemudahan penginapan yang sesuai dan penyediaan makanan berkualiti. Kami juga mempunyai barisan jurulatih yang berpengalaman, terlatih, komited dan juga professional dalam mengendalikan program latihan.
  1. Aktiviti outdoor yang mencabar.
  2. Kemudahan aktiviti indoor yang baik.
  3. Aktiviti yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan.
  4. Penginapan yang sesuai dengan bajet pelanggan
  5. Masakan yang menyelerakan
Selain dari menyediakan kemudahan latihan indoor dan aktiviti outdoor kepada syarikat swasta, jabatan dan agensi kerajaan, kami juga menawarkan pakej program motivasi khas untuk pelajar, kelab dan persatuan.
Program yang diatur ini adalah selari dengan kehendak negara untuk membangunkan Modal Insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
 
Antara Program Motivasi adalah
i) Program Motivasi Modul 'Smart Learning
ii) Program Motivasi Modul Siswa Waja
iii) Program Motivasi Kepimpinan dan Pengurusan Masa

No comments:

aDa LaGi Da....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...