RINGKASAN...

"malaysianoutdoors.blogspot.com" ADALAH BLOG MAJALAH SECARA ONLINE ATAU DIPANGGIL "E-MAGAZINE " KEUJUDAN MAJALAH ONLINE INI BAGI MEMENUHI KEHENDAK RAMAI PEMINAT SUKAN OUTDOORS TIDAK KIRA SUKAN PEMOTORAN MAHUPUN AKTIVITI PERCUTIAN SEMUA SEKALI KITA AKAN CUBA MASUKAN DALAM MAJALAH ONLINE INI, UNTUK MASA INI PIHAK "malaysianoutdoors" MASIH LAGI DI PERINGKAT PERMULAAN MEMBENTUK SATU BENTUK MAJALAH YANG MENARIK PERHATIAN RAMAI, BAGI FASA YANG KEDUA PULA PIHAK KAMI AKAN MENDAPATKAN ARTIKEL-ARTIKEL DARI SEMUA SAHABAT-SAHABAT "OUTDOOR" UNTUK DIMUATKAN DI DALAM MAJALAH INI . "malaysianoutdoors" HARAPKAN SOKONGAN DARI KORANG SEMUA UNTUK TERUSKAN BLOG NI DAN TOLONG LAH KLIK SEKALI "JOIN THIS SITE" DAN "FOLLOW THIS BLOG" DI RUANGAN KECIL SEBELAH KANAN. TQ

Saturday, 8 January 2011

Asas memasak Dalam Hutan

ok kali ni saya nak berikan sedikit tips pada kengkawan yang selalu g camping dalam hutan tu . Asas untuk memasak  sebenarnya bergantung pada korang la. Sesetengah dari kita ni memang suka bawa barang - barang dapur dengan banyak sekali semasa pergi camping ikut kemampuan kita sebenarnya. Apa sahaja yang korang rasa boleh bawa terpulang la kan.

Tapi di sini saya nak berkongsi sedikit beberapa teknik (aku tak tau nak pakai ayat apa yang sesuai ) untuk aktiviti hutan terutamanya yang selalu lapar dan kepada mereka yang pergi camping di kawasan pendalaman yang tak boleh kita nak bawa barangan yang terlalu banyak.

Baiklah apa yang saya cuba cadangkan sebelum anda berangkat anda bawalah beberapa alatan asas untuk digunakan untuk memasak contohnya seperti set fire stater seperti pemetik api , dan beberapa gulungan kapas dan juga kalau rajin anda boleh juga membawa sekali sedikit habuk papan dan beberapa ranting kayu kering yang di balut dalam plastik. kenapa saya suruh anda bawak alatan ini begini api adalah satu perkara yang paling penting apabila kita berkhemah dan anda juga perlu tahu hutan di Malaysia ni tidak selalu dalam keadaan kering dan jumlah hujan yang di terima menyebabkan keadaan muka bumi kita ini sentiasa lembab terutamanya di dalam hutan so ini adalah asas kepada kita untuk menyalakan api.

Mari kita pergi pula barangan makanan asas yang perlu kita bawa ke dalam hutan saya akan berkan tips bagaimana nak masak roti lilit dalam hutan. :



Pengetahuan mengenai kaedah memasak altenatif penting bagi seorang ahli pengakap. Aktiviti seperti kembara dan perkhemahan lazimnya tidak mengizinkan  untuk membawa barangan dan makanan yang cukup kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Kembara contohnya, memerlukan kita  untuk berjalan beberapa kilometer menyusuri pantai, anak sungai malah kadang kala jauh ke dalam hutan belantara. Justeru dalam nota kali ini, saya akan menunjukkan beberapa contoh masakan alternatif (masakan hutan) yang boleh digunakan  jika berhadapan dengan situasi luar jangkaan seperti kehabisan bekalan makanan, sesat atau kemalangan ringan.


Resipi Pertama - Roti lilit
Bahan - Tepung gandum secukupnya, sedikit garam, air dan ranting kayu atau belahan buluh yang telah dibersihkan.
cara Membuat - Campurkan tepung gandum, air dan sedikit garam. Lakukan dengan cermat dan sedikit demi sedikit mengikut keperluan. Uli sehingga sebati sehingga menjadi doh. Bila siap gentel doh tadi menjadi bentuk selinder yang panjang sebelum dililit dengan kemas pada
sebatang belahan buluh atau ranting. Pastikan ukuran lilit doh tidak terlalu tebal kerana bimbang lambat masak. Jika ada mentega, sapukan di atas doh tadi. Kemudian panggang di tepi api yang sederhana sambil dipusing-pusingkan supaya semua bahagian doh masak dengan sempurna. Apabila telah masak, bolehlah dihidang di atas daun pisang. Bagaimana hendak menyalakan api ? Sebelum api dinyalakan, buat lubang berukuran 2 kaki x 1 kaki dengan kedalaman yang sesuai. Tujuan lubang ini ialah untuk meletakkan ranting kering supaya tidak ditiup angin.

Resipi Kedua - Masak nasi dalam buah kelapa

Bahan - Sebiji kelapa, beras secukupnya dan beberapa helai daun
kelapa atau daun pandan.
Cara Membuat - Kelapa tua dikupas sabutnya tetapi tidak perlu di belah dua. Buat lubang dihujung tempurung kelapa berkenaan supaya beras dapat diisi dengan mudah. Beras yang telah dicuci   di masukkan kelapa berkenaan berlahan-lahan bersama-sama air kelapa yang telah sedia ada di dalamnya. Ukuran beras ialah separuh dari keluasan buah kelapa berkenaan. Seterusnya, tutup lubang tadi dengan daun kepada atau daun pandan (jika ada), supaya air kelapa tidak melimpah keluar apabila mendidih kelak. Akhir sekali, masukkan kelapa yang berisi beras tadi ke dalam bara api dan tunggu sehingga mendidih dan masak. Salah satu tanda nasi telah masak ialah tempurung kelapa telah hangus. Angkat kelapa berkenaan, dan belah dua untuk melihat hasilnya. Nasi tadi berasa amat sedap dan berbau wangi seperti nasi lemah. Sebiji kelapa sesuai untuk hidangan dua orang dewasa.


Resipi Ketiga - Masak nasi dalam buluh

Bahan - Dua batang buluh lemang, beras secukupnya dan beberapa helai
daun pisang muda.

Cara Membuat - Potong buluh kira-kira panjang sebelah tangan. Kemudian cuci sehingga bersih dan lapik menggunakan daun pisang muda di bahagian dalamnya (seperti buat lemang). Beras yang telah dicuci di masukkan ke dalam buluh. Ukuran beras ialah separuh dari ketinggian buluh berkenaan dan tuangkan air hingga 3/4 penuh. Tutup hujung buluh dengan daun pisang muday ang telah dibuat gumpalan. Tujuannya supaya habuk dan asap tidak masuk ke dalam nasi berkenaan. Akhir sekali, sendengkan buluh yang berisi beras tadi ke tepi bara api dan tunggu sehingga mendidih. Salah satu tanda nasi telah masak ialah air dalam buluh tadi kering. Sebatang nasi yang dimasak dalam buluh sesuai untuk hidangan dua orang dewasa.



Resipi Keempat - Masak telur dalam limau
Bahan - beberapa biji telur, dua biji buah limau sunkist, dan beberapa batang lidi.

Cara Membuat - Limau sunkist perlu dipotong dua. Bahagian yang perlu dipotong ialah dibahagian atas limau berkenaan dan jadikan seperti tutupnya. Kemudian buang bahagian isi dalamnya dengan cermat supaya tidak bocor. Hanya perlukan kulit luar sahaja untuk dijadikan 'periuk' sementara. Jika limau sunkist tiada, cari buah hutan yang berkulit tebal dan basah serta dibuang isi dalamnya. Pecahkan sebiji telur ke dalam 'periuk limau' tadi dan kacau perlahan-lahan sebelum ditutup dengan kemas. Gunakan lidi sebagai 'jarum' supaya tutup limau tidak terbuka. Letakkan 'mangkuk limau' yang mengandungi telur dengan cermat di tepi bara api. Tunggu sehingga telur tadi masak dan dihidang di atas daun pisang. Rasa telur amat enak, kerana campuran perisa limau dan telur tadi.


Resepi Kelima - Telur bersalut tanah liat
Bahan - Telur secukupnya dan tanah liat sungai.

Cara Membuat - Kumpul tanah liat sungai dalam sebuah bekas. Pastikan tanah liat tidak terlalu cair. Kemudian balut telur tadi dengan menggunakan tanah liat sehingga tebal. Tujuan utama kenapa tanah perlu dibalut dengan tebal supaya telur tidak pecah atau meletup apabila dibakar. Jika selesai, masukkan telur ke dalam bara api dan tunggu sehingga masak. Tanda telur telah masak ialah, bahagian tanah liat tadi kelihatan kering dan merekah.




4 comments:

walking said...

roti lilit tu seelok2 nyer memakai ranting yg msih hidup kerana klau pkai ranting yg mati nnt terbakar plak ranting tu...

walking said...

klau bole nk msak tu pkai ranting hdup coz klau pkai yg ranting mati tkut terbakar plak ranting tu..

NAZRUL HAMIZAN said...

terima kasih berkongsi maklumat sebenarnya apa yang dimaksudkan membawa ranting yang kering adalah untuk fire stater bukanlah untuk di gunakan melilit roti, apa-apa pun terima kasih kerana menegur kemungkinan ada sedikit kesalahan cerita disini dan pemahaman masing-masing

ADAM said...

saya prefer bawa getah tiub tayar

aDa LaGi Da....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...