RINGKASAN...

"malaysianoutdoors.blogspot.com" ADALAH BLOG MAJALAH SECARA ONLINE ATAU DIPANGGIL "E-MAGAZINE " KEUJUDAN MAJALAH ONLINE INI BAGI MEMENUHI KEHENDAK RAMAI PEMINAT SUKAN OUTDOORS TIDAK KIRA SUKAN PEMOTORAN MAHUPUN AKTIVITI PERCUTIAN SEMUA SEKALI KITA AKAN CUBA MASUKAN DALAM MAJALAH ONLINE INI, UNTUK MASA INI PIHAK "malaysianoutdoors" MASIH LAGI DI PERINGKAT PERMULAAN MEMBENTUK SATU BENTUK MAJALAH YANG MENARIK PERHATIAN RAMAI, BAGI FASA YANG KEDUA PULA PIHAK KAMI AKAN MENDAPATKAN ARTIKEL-ARTIKEL DARI SEMUA SAHABAT-SAHABAT "OUTDOOR" UNTUK DIMUATKAN DI DALAM MAJALAH INI . "malaysianoutdoors" HARAPKAN SOKONGAN DARI KORANG SEMUA UNTUK TERUSKAN BLOG NI DAN TOLONG LAH KLIK SEKALI "JOIN THIS SITE" DAN "FOLLOW THIS BLOG" DI RUANGAN KECIL SEBELAH KANAN. TQ

Saturday, 18 December 2010

Bercuti Sakan Di Serawak (sambil menyelam minum air)

Tempat : Sarawak
Tarikh : 9.12.2010 - 13.12.2010

Akhirnya aku berjaya juga menjejakkan kaki ku di bumi Serawak bersama keluargaku hahahah ambik ko 5 hari 4 malam kat sana itu pun sebab adik iparaku nak kawin kalau tak entah bila la aku nak rasa bawak family g sana kan. kalau di pikirkan tambang kapal terbang saja dah mengerunkan aku walaupun boleh tempah awal untuk mendapatkan harga murah dengan tambang untuk 4 orang, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak tambah dengan penginapan di hotel lagi makan-minum lagi ,sewa kereta lagi , nak shopping untuk diri sendiri dan untuk sedara dan kengkawan mau pening jugak tu mau tak makan lepas tu bila balik dari serawak ni .


Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak


baru tiba di airport kuching,Serawak

kat depan hotel

sebenarnya kita orang datang serawak bukanlah nak bercuti pun oleh kerana adik ipar nak sponsor supaya hadir untuk majlis pernikahan dan kawin dia so kita orang ambiklah peluang untuk bercuti sekali. Masa kat serawak ni kami menginap di hotel Arif dekat 'Jalan Haji Taha' x silap aku la, sewa pun murah RM 90.00 untuk 1 katil queen dan 2 katil bujang untuk 1 malam. Makan pun senang x payah jalan jauh2 kat bawah tu macam-macam ada, orang kelantan pun ada berniaga kat sini.

di kedai makan berhampiran hotel

Nasi Ayam Penyek


ok sebelum aku sambung cerita pasal tujuan aku kat sini dan mana tempat yang aku pergi aku nak cerita sikit pasal tempat menarik dulu di Serawak kat korang boleh pastu aku sambung cerita pasal aku bukan apa nak bagi korang nampak 'view' sikit keadaan kat sini bagi mereka yang baru nak pergi la kan aku ni bukan la pandai sangat sekadar nak berkongsi jer.

Yang pertama dan yang paling dekat sekali ialah Kuching Waterfront, satu tempat yang menjadi kemestian bagi pengunjung di Kuching. Kuching Waterfront menjadi tempat santai yang sesuai dan berada betul betul berhadapan dengan Sungai Sarawak.
Di sini juga terdapat gerai gerai makan yang dibuka pada petang hari yang menyediakan pelbagai jenis makanan termasuk delicacy tempatan seperti laksa Sarawak dan Mee Kolok. Namun harga di sini agak mahal berbanding tempat tempat lain kerana ia kawasan tumpuan pelancong. Contohnya, jika di tempat lain boleh dapat laksa Sarawak pada harga RM3 atau RM3.50, di sini harganya adalah di sekitar RM6-RM7 sepinggan. cadangan aku pada korang tengok dulu harga.
Kuching Waterfront dilengkapi dengan kemudahan tandas, tempat solat, pejabat polis serta tourist information centre.
Jika berminat dengan barang kraftangan, di seberang jalan Waterfront ada deretan kedai yang menjual barang kraftangan terutamanya kraftangan Sarawak termasuk sumpit, pasu, tikar, baju, kain pua kumbu (mesti beli) dan pelbagai jenis replika.
Sesetengah kedai harga barangannya masih boleh dirunding. Tempat ini sesuai untuk mereka yang agak kesuntukan masa atau malas untuk ke tempat yang jauh sedikit seperti di Pasar Satok (10 minit) dan juga Pasar Serikin (1 jam 30min) di mana kraftangan di dua tempat tersebut boleh didapati dengan harga yang lebih murah. Tambahan pula, Pasar Satok dan Serikin dibuka hujung minggu (Sabtu dan Ahad) sahaja manakala kedai di sini dibuka setiap hari.
Kalau berjalan terus anda akan sampai ke market Waterfront yang kebiasaannya dibuka hingga malam hari. Boleh lawati kawasan ini pada malam minggu untuk menikmati pengalaman membeli ikan dan bahan2 seafood pada waktu malam hari (satu lagi keistimewaan duduk di Kuching).
Di sini boleh beli ikan terubok masin kalau mahu. Harga ikan terubok masin di sini sama seperti di Pasar Satok. Peniaga di sini akan masuk dalam kotak dan balut elok elok supaya senang nak dibawa masuk kapal terbang. Ikan terubok yang dibungkus boleh tahan selama 7 hari jika tidak disimpan dalam peti sejuk.
Jika masih tidak puas dengan hasil kraftangan dan barangan Sarawak, boleh juga pergi ke India Streetyang berdekatan dengan pasar Waterfront. Kawasan India Street ini ditutup sekitar 6pm-7pm.
Anda juga boleh menyusuri Sungai Sarawak dengan menaiki River Cruise dari jeti Waterfront pada sebelah petang dengan harga di sekitar RM40-RM45 untuk setiap trip. Jika mahu melawat perkampungan Melayu di Seberang sungai, boleh menaiki sampan pada harga 50 sen sahaja (tiada jaket keselamatan).


Di seberang Sungai Sarawak ada sebuah restoren yang agak terkenal iaitu MyVillage Baruk yang dibuka bermula senja. Di sebelahnya ada lagi satu gerai yang baru dibuka dan diberi nama gerai Pak Lah Boyan. Walaubagaimanapun, tidak digalakkan untuk makan di gerai2 tersebut pada malam minggu kerana penuh dengan umat manusia dan ada kemungkinan anda akan menerima layanan yang amat tidak memuaskan, sebagaimana yang terjadi kepada kami beberapa kali sebelum ini. Kawasan ini banyak dihuni oleh penduduk Melayu Sarawak dan salah satu daya tarikan yang ada ialah kedai kek lapis yang terkenal yang dikenali sebagai Kek Lapis Dayang Salhah (kedai berwarna biru).
Ia terkenal sehingga isteri isteri vip dan orang kenamaan seringkali membeli kek lapis secara borong di sini. Harga sebiji kek ialah RM10 dan jika anda beli 10 anda akan dapat percuma sebiji kek. Pelbagai jenis pilihan perisa kek lapis Sarawak ada di sini tetapi jangan risau kerana anda akan dihidangkan dengan sampel kek yang boleh dimakan percuma. Menurut pengusaha kek lapis ini, perisa yang paling disukai ialah perisa masam-manis (berwarna hijau).
Satu lagi sebab kenapa kampung Melayu ini terkenal ialah anda boleh lepak dan bersantai melihat pemandangan bandar Kuching pada waktu malam dari seberang Sungai ini. Siapa kata kat Sarawak tak boleh lepak?
Untuk ke Pasar Satok, boleh naik teksi dengan kadar RM5 – RM8, bergantung kepada pemandu (teksi tidak bermeter). Tiada masalah untuk mencari tempat tempat & restoren makan yang halal kerana ada banyak di sini seperti Kopi O Korner, Dayang Cafe, Kafe Sahabat, Prabha Cafe, dan sebagainya. Jika mahu mencuba umai, samaada umai ikan, udang atau obor obor (!) boleh cuba di Moly’s Place (ting. 4 di Wisma Satok) kerana ketiga tiga jenis umai selalunya boleh didapati di situ (amaran: tak semua orang boleh makan umai ini). Sarawak juga kaya dengan hasil sagu, jadi boleh cuba Kuih Sagu dan juga Tebaloi (biscuit sticks). Di Pasar Satok juga ada menjual kek lapis sarawak pada harga yang lebih tinggi (RM15-RM18).

anda juga boleh ke tempat orang utan di 'Semenggoh Wild life Centre' tempat nya memang besar dan tempat alam semulajadi memang seronok sebenarnya jika menghayati flora dan fauna sementara menunggu kehadiran orang utan.Untuk tiket masuk anda akan dikenakan bayaran RM 3.00 sahaja bukanlah mahal pun berbanding dengan apa yang kita akan dapat bagi mereka yang minat sahaja lah kalau yang tak minat tu akan dapat letih dan bosan jer lah.


masa ni orang utan berlumba nak makan


sepupu sepapat nak tengok orang utan

(kenangan yang aku tak leh lupa time anak aku tanya ada harimau tak dalam hutan ni abah  adoiyai soalan bila dalam hutan ni aku pun terdiam huhuhu takut nak jawab )

Selain dari itu kami jugak pergi ke muzium kuching di Dewan bandaraya Kuching masuk percuma tapi kalau bawa kamera kena bayar RM 3.00 apa la sangat kalau nak bergambar untuk buat kenangan kan.

berposing depan kepala Kuching

 aku,Amalina dan Kuching

di hadapan Dewan Bandaraya Kuching


Sebenarnya banyak lagi tempat tempat menarik di Kuching ni seperti Pasar Serikin, Crocodile Farm,  Rumah Panjang Bidayuh, Taman Negara Bako, Damai & Santubong Resort (di sini ada Kampung Budaya Sarawak), kilang pasu, Fairy Cave & Wind Cave serta banyak lagi. tapi apakan daya budget  ku dah lari hehehehe ikut kan hati semua tempat aku nak pergi.






5 comments:

FAZLINA AZIZ said...

tp sarawak ni byk brng kraftangan je.tmpt die sesuai untk si pecinta alam.yg penting,kek lapis die mmg terbaek,wlpn mahal.

nazrulhamizan said...

ya betul apa-apa pun kek lapis dia mmg yang terbaik tq fazlina for your coment.

nazrulhamizan said...

ya betul apa-apa pun kek lapis dia mmg yang terbaik tq fazlina for your coment.

Anonymous said...

nk tanya sikit bole? hotel arif tu bilik dia ok x? Tiles or carpet? Toilet ok x? saya nk gi sane nov ni, ingat nk ambik bilik untuk 4 org.
jauh x kalau nk gi water front atau pun town dia?

NAZRUL HAMIZAN said...

hotel arif ni ok jer lantai dia ada yang carpet ada gak tiles harga berpatutan la untuk 4 orang tu boleh la RM 90.00 yang problem ckit tu dia nya aircond. air presure x kuat sangat bagi aku masih ok lagi la kalau nak save budget pasal bilik dia besar dan kira dekat gak la ngan water front tu

aDa LaGi Da....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...