RINGKASAN...

"malaysianoutdoors.blogspot.com" ADALAH BLOG MAJALAH SECARA ONLINE ATAU DIPANGGIL "E-MAGAZINE " KEUJUDAN MAJALAH ONLINE INI BAGI MEMENUHI KEHENDAK RAMAI PEMINAT SUKAN OUTDOORS TIDAK KIRA SUKAN PEMOTORAN MAHUPUN AKTIVITI PERCUTIAN SEMUA SEKALI KITA AKAN CUBA MASUKAN DALAM MAJALAH ONLINE INI, UNTUK MASA INI PIHAK "malaysianoutdoors" MASIH LAGI DI PERINGKAT PERMULAAN MEMBENTUK SATU BENTUK MAJALAH YANG MENARIK PERHATIAN RAMAI, BAGI FASA YANG KEDUA PULA PIHAK KAMI AKAN MENDAPATKAN ARTIKEL-ARTIKEL DARI SEMUA SAHABAT-SAHABAT "OUTDOOR" UNTUK DIMUATKAN DI DALAM MAJALAH INI . "malaysianoutdoors" HARAPKAN SOKONGAN DARI KORANG SEMUA UNTUK TERUSKAN BLOG NI DAN TOLONG LAH KLIK SEKALI "JOIN THIS SITE" DAN "FOLLOW THIS BLOG" DI RUANGAN KECIL SEBELAH KANAN. TQ

Sunday 19 December 2010

PASUKAN KHAS MALAYSIA (PDRM)

Pasukan Gerakan Khas (PGK)


Pasukan Gerakan Khas (PGK) merupakan satu pasukan khas anti keganasan berprofil tinggi dan pasukan operasi khusus Polis Diraja Malaysia gabungan Battalion Komando 69 dan Unit Tindakan Khas. Pasukan berberet merah hati atau maroon dan perang ini dilatih khas untuk menangani segala bentuk ancaman keganasan dan jenayah berat di Malaysia.



Ditubuhkan khas sebagai pasukan elit yang mempunyai kemampuan menangani pelbagai serangan pengganas dan jenayah bermula dari ancaman rompakan bersenjata hingga operasi menyelamat. Keanggotaan bagi unit khas ini adalah rahsia dikatakan beroperasi secara efektif pada bulan Oktober 1997 dan terdiri daripada bahagian siasatan khas, unit operasi sistem C4-I, kepakaran letupan khas (misalnya unit pemusnah bom), dan unit penggempur yang terdiri daripada unit penembak tepat. Sebagai pasukan operasi khusus, setiap pegawai dan anggota PGK ini memiliki kemampuan operasi di tiga persekitaran, iaitu di darat, laut, dan udara.
Senarai kandungan



Identiti


Beret Merun
Melambangkan identiti Pasukan Gerakan Khas A atau Unit Tindakan Khas.

Beret Perang Pasir
Melambangkan identiti Pasukan Gerakan Khas B atau Komando 69.

Trimedia Sayap Payung Terjun
Merupakan lambang rasmi yang dipakai oleh pasukan elit PDRM ini. Dan juga kemampuannya dalam pengoperasian unit payung terjun pasukan ini dan penyusupan komando melalui udara.

Ketiga-tiganya dianugerahkan oleh United Kingdom Special Air Service, kerana unit inilah yang menjadi perintis utama penubuhan dua buah pasukan elit PDRM ini.



 

Operasi, Perintah dan Kawalan


Komander PGK bertanggungjawab dalam sebarang operasi yang dijalankan. Kerjasama dan bantuan boleh diperolehi dari Ketua Polis Negeri di mana sebarang operasi tersebut dijalankan. Komander PGK juga bertanggungjawab terhadap pendekatan yang diambil dalam melaksanakan tugas.



UTK yang beroperasi seperti unit SWAT Amerika Syarikat ini menjalani operasi dengan tanpa pakaian seragam unit khas. Unit ini biasanya menjalankan operasi mengekang kegiatan jenayah bersenjata di pekan dan bandar. Manakala Komando 69 yang asalnya merupakan batalion elit bagi Pasukan Polis Hutan (PPH)(kini Pasukan Gerakan Am) menjalankan operasi dihutan bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia untuk membanteras segala ancaman pengganas komunis pada tahun 1969 hingga berakhirnya tempoh insurgensi pada tahun 1989 (20 tahun). Dilatih khusus oleh Special Air Service United Kingdom, perwira Komando 69 kini menjalani latihan pelbagai tempur dan misi pengintipan khas.



Pasukan penembak tepat dan pakar bahan letupan unit ini pernah mendapat latihan khas dari beberapa pasukan elit negara asing termasuklah Special Air Service (Australia, New Zealand dan United Kingdom), Pasukan Peronda Sempadan Polis Diraja Thailand dan beberapa unit-unit elit Amerika Syarikat seperti US Navy SEALs, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Special Weapon and Tactics (SWAT) serta pasukan elit yang lain. UTK diberi beret maroon dan Komando 69 dianugerahkan beret kelabu, iaitu beret kebanggaan yang dianugerahkan oleh pasukan ke 22 SAS.



Pada 14 November 2006, adalah menjadi sejarah pertama buat Pasukan Gerakan Khas apabila kedua-dua beret kebanggaan unit ini dianugerahkan sebagai Beret Diraja setelah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail di Perbarisan Diraja yang bertempat di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur sempena persaraan baginda sebagai Yang Dipertuan Agong.




Tugas


Peranan Pasukan Gerakan Khas meliputi:



* Pengumpulan risikan khas dalam misi pengintipan dan tugas menggempur.
* Melibatkan diri dalam operasi khas membantu Cawangan Khas PDRM dalam memerangi organisasi subversif atau kegiatan pengganas.
* Operasi menangani-keganasan didalam negara bersama dengan angkatan tentera.
* Penguatkuasaan undang-undang dalam tugas menangani pelbagai jenayah bersenjata didalam negara.
* Operasi menangani-keganasan diluar negara Malaysia, misalnya Operasi Astute di Timor Leste.
* Tugas mencari dan menyelamat didalam dan luar Malaysia, contohnya insiden tsunami di Acheh, Indonesia.
* Tugas kawalan rapat ke atas Yang DiPertuan Agung, raja-raja diseluruh Malaysia, menteri dan orang-orang kenamaan serta diplomat.
* Tugas-tugas lain yang difikirkan sesuai setelah mendapat kelulusan daripada Ketua Polis Negara atau Timbalan Ketua Polis Negara.



Pasukan Gerakan Khas turut menjalani latihan silang bersama dengan unit-unit elit luar negara seperti British SAS, STAR Singapura, ASASR (Australia), NZSAS (New Zealand), Pasukan Penyelamat Tebusan FBI, US Green Beret dan US Special Operations Command Pacific (USSOCPAC).
Unit ini mendapat latihan khas meliputi kursus;


1. Teknik tempur jarak dekat (CQB atau CQC)
2. Mencari dan menyelamat
3. Menyelamat tebusan
4. Penerjunan bebas (HALO/HAHO)
5. Mematikan alat letupan (EOD)
6. Mengalih atau mematikan bahan HAZMAT
7. Operasi di kawasan pembinaan - OBUA
8. Tempur bukan konvensional
9. Kawalan rapat
10. Kepakaran menembak pantas dan tepat (sharpshooter)
11. Sabotaj
12. Perisikan khas
13. Penggunaan pelbagai bahasa
14. Tempur dan menyelamat didalam bangunan, pelantar minyak, kapal dagang    serta didalam bandar - FIBUA
15. Tempur didalam keretapi, lapangan terbang dan pesawat udara
16. Pengintipan
17. Turun menggunakan tali
18. Rondaan jarak jauh
19. Penembak tepat
20. Pengendalian sistem C4-I
21. Penggunaan unit K9
22. Tempur tanpa senjata
23. Tempur berpisau (misalnya dengan pisau tempur, keris, kapak pedang dan,terutamanya kerambit)
24. Karate do
25. Seni silat polis (Silat Warisan Gayung Halilintar, khasnya bagi Komando 69
26. Mematikan jerangkap samar
27. Letupan khas di bawah permukaan air
28. Penyelam tempur
29. Tempur berkenderaan khasnya bermotosikal
30. Penyusupan lintas udara
31. Penyamaran sulit khas(khasnya 69 Komando)
32. Latihan payung terjun dan pelbagai lagi.


P/S TU SERBA SEDIKIT YANG DAPAT AKU KONGSI NGAN KORANG.

No comments:

aDa LaGi Da....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...