RINGKASAN...

"malaysianoutdoors.blogspot.com" ADALAH BLOG MAJALAH SECARA ONLINE ATAU DIPANGGIL "E-MAGAZINE " KEUJUDAN MAJALAH ONLINE INI BAGI MEMENUHI KEHENDAK RAMAI PEMINAT SUKAN OUTDOORS TIDAK KIRA SUKAN PEMOTORAN MAHUPUN AKTIVITI PERCUTIAN SEMUA SEKALI KITA AKAN CUBA MASUKAN DALAM MAJALAH ONLINE INI, UNTUK MASA INI PIHAK "malaysianoutdoors" MASIH LAGI DI PERINGKAT PERMULAAN MEMBENTUK SATU BENTUK MAJALAH YANG MENARIK PERHATIAN RAMAI, BAGI FASA YANG KEDUA PULA PIHAK KAMI AKAN MENDAPATKAN ARTIKEL-ARTIKEL DARI SEMUA SAHABAT-SAHABAT "OUTDOOR" UNTUK DIMUATKAN DI DALAM MAJALAH INI . "malaysianoutdoors" HARAPKAN SOKONGAN DARI KORANG SEMUA UNTUK TERUSKAN BLOG NI DAN TOLONG LAH KLIK SEKALI "JOIN THIS SITE" DAN "FOLLOW THIS BLOG" DI RUANGAN KECIL SEBELAH KANAN. TQ

Friday, 17 September 2010

Luahan Hati Seorang Anak Kepada Aruah Abah...

KEPADA MEREKA YANG PERNAH BERSAMA ARUAH...........

Ini masa aruah abah zaman muda aku pun x der lagi 

segak kacak bergaya

masa mula jadi anggota Polis

Ini Masa aruah abah dengan Mak bersanding


majlis persandingan


majlis potong kek

majlis kahwin ker tunang ni ek entahla...

mak dan aruah abah dah kawin ker belum aku tak tau

zaman baru kahwin balai Kuala Kangsar

aruah abah dan paklang sesama tugas di balai Kuala Kangsar

yang kena dukung  tu aku la .....

masa ni aku dah dapat adik akma..yang kena dukung tu la 
parang yang abah pegang tu pun ader lagi sampai sekarang

masa ni memang akma ngan abah cukup manja


masa terindah bagi aku eh sapa lak kat belakang tu macam kenal

masa ni dah pandai pakai semat dah ni, mcm pernah pakai jer baju abah tu

akma dan abah


cuba bandingkan gambar arlia dengan Akma kat atas tu sama tak

masa ni dah pindah ke berek polis Sungai Nibong ,Penang

 masa ni balik beraya ker sedara kawin aku tak ingat di Karai...

cuba bandingkan pulak gambar Ryan ngan abang cik lak sama kan

Paksu dan Aruah abah


Bulat Family

inilah saat yang paling aku rindu ....
kalau boleh diputarkan dunia balik untuk aku kucup tangan mu akan aku lakukan...

 Aruah abah bersama adik2 ku di lembah kuala kangsar

masa ni dah pindah ke UPP perlis

masa ni hari jadi abah kita orang cuma buat kek pandan jer hehehe

hadiah ni sebenarnya dari adik aku akma dia cukup rapat ngan Aruah

saat yang paling mengembirakan Aruah abah konvo Akma di Uitm Shah Alam

Aruah abah dengan kidah masa ni aku dah mula hisap rokok 
ada bekas bawah kerusi tu hehehe

hari yang paling x dapat aku lupa setiap tahun aku akan menitis airmata
 setiap kali aku terlibat dengan bbq. 
 kalau hari raya di perlis dah tentu aku dan aruah kena bakar daging..

masa ni abah dan mak bersiap nak bawa aku g angkat nikah kat Port Dickson.

hari bersejarah pada adik aku dialah yang terakhir mendapat restu dari aruah abah.
dan aruah meninggalkan kami pada tahun ini juga 2006


DAN SEBENARNYA INILAH SAAT YANG AKU INGINKAN PADA MASA INI
abah ijan tahu ijan banyak buat salah dan dosa pada abah untuk mintak maaf mungkin tidak lagi apa yang mampu ijan lakukan hanyalah berdoa kepada hadrat ilahi supaya abah dapat tenang di sana. abah ijan tahu abah nak sangat timang cucu masa awal perkahwinan ijan .Setiap kali ijan balik kampung abah akan tanya benda yang sama masa tu tuhan saja yang tahu ijan terasa kecewa sebab x dapat bagi lebih awal cucu pada abah. Bila akma kawin dan mengandung  ijan dapat lihat abah terlalu gembira dan suka hinggakan abah buat persiapan awal untuk sambut cucu, tapi apakan daya 2 minggu selepas raya semasa akma mengandung 5 lima bulan abah terlebih dulu di panggil ilahi ternyata tuhan lebih sayangkan abah lagi. betapa kecewanya kami pada masa tu sebab tak dapat menunaikan hasrat abah. apatah lagi pada akma. masa tu ijan jadi buntu sebab semua nya dalam masa yang begitu cepat dan adik2 masa tu masih lagi belajar dan mak hilang panduan sekejap. mujurlah ada sedara- mara yang dapat menenangkan mak.
Abah ijan juga tahu kami dah banyak kali bagi abah kecewa terutamanya bila kami terbaca surat yang abah berikan kepada ketua polis masa tu supaya tidak ke terengganu  hinggakan abah sanggup pulangkan pangkat semula semata-mata nak mengembirakan kami sekeluarga dan ijan berdosa pada abah kerana itu ijan x bercakap dengan abah .. maafkan ijan abah......................tiada lagi seorang abah didunia ini untuk ijan selain abah...abah sanggup menjadi seorang kawan bila diperlukan ijan rindukan abah saat ini ........al-fatihah......












3 comments:

Anonymous said...

terharu cik ina baca...al-fahihah utk arwah abg nadzir....hargai la ibubapa selagi ada hayat mereka...sekarang Ijan masih ada mak, so hargai dan berbakti la pada dia selagi ada hayat dia....sama2 la kita menghargai mak bapak kita...

Anonymous said...

terharu cik ina baca...al-fahihah utk arwah abg nadzir....hargai la ibubapa selagi ada hayat mereka...sekarang Ijan masih ada mak, so hargai dan berbakti la pada dia selagi ada hayat dia....sama2 la kita menghargai mak bapak kita...

iqa_chumyl said...

Assalamualaikum along, terharu dan tersentuh maksu bila membaca coretan along. Abah Along, abang maksu, abang yg cukup rapat malah hubungan kami lebih seperti anak bapa dan sahabat. Abah adalah org pertama yg maksu cari setiap kali maksu ada masalah kalaupun tidak mendengar pendapatnya, abah ada sepasang telinga yg setia mendengar keluh kesah adiknya ini. Dari kecil maksu menghabiskan setiap cuti sekolah dengan abah malah dia yg membelikan baju raya utk maksu setiap kali raya kerana mau adik ppn nya terlihat ppn bukan lelaki. Saat akhir hidup nya ketika ke melaka perkahwinan akma, abah minta fiqah potretkan foto dia dengan mak kamu. Romantis sangat foto tu. Ketika kami pusing2 bandar melaka, abah minta maksu lead, katanya dia pening dan bercelaru. Maksu heran dan jadi sedih mengingatkan dulu ketika maksu kecil tangan tu yg memimpin maksu kemana2 membawa maksu pusing2 bandar kuala kangsar, penang dsb. Saat itu dia sudah menunjukkan kelainan. Along sebagai mana along kehilangan abah, maksu kehilangan abang. Selepas ini dlm kami adik beradik mungkin maksu akan menyusul abah. kesihatan maksu yg terganggu sama seperti abah. Penyakit yg sama seperti abah semakin hari, semakin kronik... maksu minta along bimbing lah adik2 termasuk anak2 maksu. Jaga mereka.. mereka juga adik along.

aDa LaGi Da....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...