RINGKASAN...

"malaysianoutdoors.blogspot.com" ADALAH BLOG MAJALAH SECARA ONLINE ATAU DIPANGGIL "E-MAGAZINE " KEUJUDAN MAJALAH ONLINE INI BAGI MEMENUHI KEHENDAK RAMAI PEMINAT SUKAN OUTDOORS TIDAK KIRA SUKAN PEMOTORAN MAHUPUN AKTIVITI PERCUTIAN SEMUA SEKALI KITA AKAN CUBA MASUKAN DALAM MAJALAH ONLINE INI, UNTUK MASA INI PIHAK "malaysianoutdoors" MASIH LAGI DI PERINGKAT PERMULAAN MEMBENTUK SATU BENTUK MAJALAH YANG MENARIK PERHATIAN RAMAI, BAGI FASA YANG KEDUA PULA PIHAK KAMI AKAN MENDAPATKAN ARTIKEL-ARTIKEL DARI SEMUA SAHABAT-SAHABAT "OUTDOOR" UNTUK DIMUATKAN DI DALAM MAJALAH INI . "malaysianoutdoors" HARAPKAN SOKONGAN DARI KORANG SEMUA UNTUK TERUSKAN BLOG NI DAN TOLONG LAH KLIK SEKALI "JOIN THIS SITE" DAN "FOLLOW THIS BLOG" DI RUANGAN KECIL SEBELAH KANAN. TQ

Friday 24 September 2010

WAJA BARU ?


Beberapa keping lagi foto terbaru model Proton Waja Replacement telah berjaya diambil oleh seorang pembaca blog Paultan iaitu Fahmil. Terima kasih kepada saudara Fahmil dan blog Paultan kerana sudi menyiarkan foto ekslusif itu. Kali ini Proton Waja Lancer dikesan sedang berada di Pulau Pinang. Tidak pasti pula atas urusan apa model rahsia tersebut berada di sana dan bagaimana saudara Fahmil dapat berjumpa dengan model itu, atau mungkin secara kebetulan. Berdasarkan foto-foto tersebut, tidak syak lagi yang model Waja baru adalah sebuah model dari Mitsubishi Lancer. 
Adakah Proton Waja Replacement @ Waja Lancer akan laris di pasaran?
Persoalannya kini ialah adakah model tersebut akan laris di pasaran setelah dilancarkan nanti. Salah satu faktor yang dilihat akan melariskan model tersebut ialah disebabkan rekabentuknya memang menarik dan mempunyai ruang penumpang yang luas dan selesa, termasuk ruang kargo (bonet) yang luas. Hasil pemerhatian, Mitsubishi Lancer lebih besar dan lebar berbanding Proton Waja sebelumnya. Dengan mengambil kira minat rakyat Malaysia terhadap kereta buatan Mitsubishi, kita boleh menjangkakan yang model itu akan laris sama seperti model lagenda terlaris dari Proton iaitu Proton Wira.
Bagi peminat-peminat dunia permotoran pula, sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki sebuah Lancer walaupun sekadar model rebadge kerana seperti diketahui umum, model Lancer yang direbadge itu ialah sebuah model yang sama platform dan bodynya dengan model Mitsubishi Evolution. Mengikut pengalaman yang lepas-lepas, Waja Lancer bakal menjadi mangsa modifikasi ekstrem dan bakal dilahirkan semula sebagai Evo 10. Proton Waja pun dah banyak yang terkena sumpahan sebuah Evo 10, ini kan pula Waja Lancer.
Bakal pembeli kereta sedan bersaiz besar seperti Waja Lancer juga sudah pasti akan menilai terlebih dahulu kuasa enjin model terbaru itu. Saiz enjin Mitsubishi Lancer ketika ini berkapasiti 2.0 liter dan kuasa yang dihamburkan ialah sebanyak 153bhp dan 199Nm tork, rakyat Malaysia pasti akan berpuas hati. Namun belum dapat dipastikan sama ada Waja Lancer masih menggunakan enjin 2.0 liter MIVEC. Proton sudah tentu mencari jalan untuk mengurangkan kos dan enjin berkapasiti 1.8 liter adalah pilihan terbaik. Diharapkan Proton tidak akan mengulangi kesilapan lepas apabila menyumbat enjin 1.6 liter ke dalam sebuah Waja yang mempunyai saiz dan berat yang tidak sepadan dengan kuasa enjin.
Paling penting dan bakal menjadi faktor utama sama ada Waja baru nanti akan laris atau pun tidak ialah faktor harga. Berapakah harga yang bakal ditawarkan oleh Proton? Mustahil Proton akan meletakkan tangga harga bagi sebuah Lancer yang direbadge semula di bawah RM60K. Harga yang munasabah pagi sebuah Proton Waja Lancer ialah dalam lingkungan RM70k sehingga RM80k. Tetapi masih ada masalahnya iaitu harga tersebut telah mencapai ke tahap premium dan kebanyakan rakyat Malaysia hanya mampu membeli sebuah kereta baru yang berharga di bawah RM70k. Cuba lihat jualan model Waja CPS yang bergerak perlahan.
Kesimpulannya, Proton Waja baru nanti pasti akan meningkatkan kembali momentum jualan kenderaan Proton. Proton Waja baru diramalkan akan memberi saingan sengit kepada model Toyota Vios, Honda City, Kia Forte dan tidak terkecuali model Toyota Corolla, Honda Civic dan Nissan Sylphy.

No comments:

aDa LaGi Da....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...