Terdetik hati ini nak promotekan tempat member aku walaupun tempat ni sudah diketahui ramai tapi tahukah korang semua kelebihan tempat ini disini aku nak kongsikan beberapa info tempat ni, tu pun aku ambik di dalam web yang hidup segan mati xnak member aku ni di http://cronieadventureteam.blogspot.com oh ya kalau korang tahu juga kawasan ni juga di nobatkan Anugerah Desa Cemerlang peringkat kebangsaan baru ni yang mana mereka telah memenangi RM 1 juta x silap aku la (kategori dan RM tu kalau xsilap aku lah apa-apa pun korang leh tanya ngan diorang) yg pasti memang ada diorang menang peringkat kebangsaan baru-baru ni.
Kem Sri Cempaka merupakan salah
sebuah Kem rekreasi yang terdapat di daerah Larut Matang Selama.
Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 20 minit dari Pusat Bandar
Taiping. Kem ini mampu menempatkan seramai lebih dari 100 orang. Di buka
pada awal tahun 2009 dan banyak kemudahan - kemudahan yang akan
didirikan demi kemudahan pengunjung. Kem ini mempunyai 7 unit chalet
serta 1 asrama serta terletak berhampiran dengan Lata Sempeneh Cempaka.
Dikelilingi dengan bukit serta suasana yang nyaman pasti membuat
pengunjung begitu selesa dengan nya. Kem ini juga mempunyai trek
mendaki, aktiviti Fling Fox, Reppling, Merentas Halangan dan pelbagai
lagi aktiviti yang mencabar dan menguji ketahanan mental dan fizikal.
mungkin korang tertanya apa yang bestnya kat sini dan apakah kemudahan yang diorang sediakan boleh lihat dibawah ni
Apa Yg Ada di Kem Sri Cempaka :
7 Buah Chalet yg bercirikan suasana kampung
. RM 70.00
. Keselesaan untuk 4 orang
. Kemudahan Bilik Air tersedia di dalam
. Kipas Angin dan Katil
Sebuah Dorm
. RM 120.00
. Keselesaan untuk 15 orang
. Bilik Air tersedia di dalam
Lain - lain kemudahan
. ASTRO
. Ruangan BBQ
. Tapak Khemah
. Dewan Terbuka
. Padang Aktiviti
. Karaoke
. Merentas Halangan
. Flying Fox
. Aktiviti mendaki
. Jurulatih yg bertauliah
. Fasilitator
Antara Aktiviti yg ada
. Sukaneka
. Hari Keluarga
. Kursus Motivasi
. Kursus Rekreasi
. Kursus Kayak
. Kursus Mendaki
. Kursus Komputer
. Aktiviti Sukan Lasak
. RM 70.00
. Keselesaan untuk 4 orang
. Kemudahan Bilik Air tersedia di dalam
. Kipas Angin dan Katil
Sebuah Dorm
. RM 120.00
. Keselesaan untuk 15 orang
. Bilik Air tersedia di dalam
Lain - lain kemudahan
. ASTRO
. Ruangan BBQ
. Tapak Khemah
. Dewan Terbuka
. Padang Aktiviti
. Karaoke
. Merentas Halangan
. Flying Fox
. Aktiviti mendaki
. Jurulatih yg bertauliah
. Fasilitator
Antara Aktiviti yg ada
. Sukaneka
. Hari Keluarga
. Kursus Motivasi
. Kursus Rekreasi
. Kursus Kayak
. Kursus Mendaki
. Kursus Komputer
. Aktiviti Sukan Lasak
oh ya bagaimana nak kesana ok kat sini aku sertakan plan laluan kalau korang berminat nak pergi :
dengan siapa korang nak berhubung berkaitan dengai aktiviti ni dibawah aku sertakan juga :
Pengurus Kem Sri Cempaka No.Tel/email: 0194498876/0125635376 jaha76@gmail.com/
selain dari kawasan kem ni tempat ni ada pelbagai perkara yang memang patut di lawati dan diteroka terutamnya kawasan batu kapur dan guanya dan satu lagi yang special kat sini kalau kena musim buah durian perghhhhh sapa yang tak kenal dengan durian batu kurau kan hehehehe
Gunung Kurau
Baru- baru
penulis sempat meluangkan masa bersama- sama dengan Pengurus Cronie
Adventure En. Zamzam dan beberapa orang krew dari team Cronie Adventure
menerokai sekitar kawasan Gunung Kurau. Sebenarnya penerokaan ini hanya
separuh kerana Gunung Kurau ini mempunyai pelbagai sejarah yang
tersendiri yang masih belum di jelajah sepenuhnya. Untuk
pengemar-pengemar aktiviti mendaki, pihak Cronie Adventure telah
menrangka untuk mengadakan satu program Explorasi Gunung Kurau dalam
waktu terdekat ini.. Di kesempatan ini beberapa gambar mengenai
tempat-tempat yang menarik di sekitar Gunung Kurau telah diambil untuk
tatapan semua.
Kalau
dapat kita saksikan dari jauh, Gunung Kurau ini jelas berbentuk seekor
gajah yang sedang tidur. Namun sebenarnya banyak kisah dan cerita-
cerita yang telah sempat penulis menemuramah penduduk- penduduk
setempat. Antara kisah ke wujudan itu di bukti dengan penemuan oleh
orang terdahulu dan ada antaranya lebih kepada kisah dongengan. Penulis
menemui seorang penduduk tempatan yang di kenali sebagai Pak long
Hamzah. Beliau menyatakan asal Gunung Kurau ini adalah terjadi ketika
dahulu kala sang kelembai yang di kenali dengan sifat yang sukar
menyumpah menjadi batu apabila menegur. Telah menegur Gunung Kurau yang
dahulu nya merupakan Istana Dewa-dewa kayangan dan akibatnya Istana ini
telah menjadi batu. Ini di buktikan lagi apabila beliau menyatakan
terdapat banyak gua serta batu yang meyerupai bentuk- bentuk tertentu.
Antaranya terdapat gua pelamin, gua bersanding, kolam, batu berbentuk
katak, nyamuk,gajah serta pelbagai lagi. Namun cerita ini lain pula
kisahnya..Penulis menemui seorang lagi penduduk yang menyatakan gua ini
dahulunya di kelilingi oleh lautan dan tempat kapal- kapal berdagang.
Buktinya terdapat beberapa penemuan seperti tali sauh kapal, kulit-
kulit hidupan laut seperti kerang dan siput dan nama gunung kurau ini
juga di ambil sempena seekor ikan kurau yang di tangkap penuh mesteri
yang mana telah di bunuh. Kepala ikan kurau itu berada di Gunung ini dan
ekornya telah hanyut hingga ke kuala dan kuala itu telah di nama kan
Kuala Kurau. Sebenarnya banyak lagi kisah2 yang dapat di ketahui namun
hanya ini yang dapat penulis ceritakan.
Permandangan menarik dari puncak Gunung Kurau.
diantara Gua - Gua yg di temui terdapat di Gunung Kurau. Sememangnya banyak lagi gua-gua yang belum di terokai.
Sungai - sungai yang mengalir di sekeliling Gunung Kurau
Kepada
yang berminat untuk mengadakan aktiviti mengenai Gunung Kurau bolehlah
hubungi penulis di nombor yang tertera di bawah ini :
Muizhar Bin Mohamad
0194498876 atau 0125635376
No comments:
Post a Comment