RINGKASAN...

"malaysianoutdoors.blogspot.com" ADALAH BLOG MAJALAH SECARA ONLINE ATAU DIPANGGIL "E-MAGAZINE " KEUJUDAN MAJALAH ONLINE INI BAGI MEMENUHI KEHENDAK RAMAI PEMINAT SUKAN OUTDOORS TIDAK KIRA SUKAN PEMOTORAN MAHUPUN AKTIVITI PERCUTIAN SEMUA SEKALI KITA AKAN CUBA MASUKAN DALAM MAJALAH ONLINE INI, UNTUK MASA INI PIHAK "malaysianoutdoors" MASIH LAGI DI PERINGKAT PERMULAAN MEMBENTUK SATU BENTUK MAJALAH YANG MENARIK PERHATIAN RAMAI, BAGI FASA YANG KEDUA PULA PIHAK KAMI AKAN MENDAPATKAN ARTIKEL-ARTIKEL DARI SEMUA SAHABAT-SAHABAT "OUTDOOR" UNTUK DIMUATKAN DI DALAM MAJALAH INI . "malaysianoutdoors" HARAPKAN SOKONGAN DARI KORANG SEMUA UNTUK TERUSKAN BLOG NI DAN TOLONG LAH KLIK SEKALI "JOIN THIS SITE" DAN "FOLLOW THIS BLOG" DI RUANGAN KECIL SEBELAH KANAN. TQ

Thursday 16 September 2010

HARI RAYA KU

Tajuk : Hari Raya Aidilfitri 2010
Tempat : Ipoh, Perak
Masa : Sebelum ,Semasa dan Selepas Raya 2010


SEBELUM DAN HARI RAYA PERTAMA

bergambar beramai -ramai aku dan adik beradik aku 
serta mak dan menantunya serta cucu

Assalamualaikum kepada semua pembaca ur yang datang singgah di sini aku nak coretkan sedikit pengalaman aku pada semua bagaimana sambutan Hari Raya kitaorang di sini kalau dulu bila kita balik kampung dah tentu kita akan sibuk nak sediakan lemang dan ketupat untuk Hari Raya tapi bagi aku zaman sekarang ni semua dah senang cumanya seronoktu dah hilang x macam dulu . sekarang ni senang main order jer kat tepi jalan jer sebatang lemang dah mencecah RM10.00 korang bayangkanlah kalau 5 tahun akan datang mahu sebatang lemang RM20.00 tapi bagi aku x kisah sangat kalau x der lemang ni pasal apa sahaja yang berterskan pulut ni aku memang x makan. entahla bukan mengada-ngada aku suka tgk orang makan tapi bila aku cuba x boleh langsung nak masuk tetiba jer nanti loya tekak.


        Lemang dan ketupat bagi aku adalah satu nilai sentimental pada orang melayu dah sinonim kalau bakar lemang  dan masak ketupat jer mesti berkaitan ngan Hari raya betul tak. Sebenarnya ini aktiviti yang paling seronok sebenarnya persediaan untuk menyambut hari raya bergotong-royong beramai-ramai bersama dengan sanak saudara. Raya ni takan meriah kalau semuanya dah siap dan makna nya raya bagi orang melayu kalau semua benda nak kena beli itu lah orang tua-tua dahulu dah tunjukan pada kita bagaimana nikmatnya berkumpul bersama sanak saudara sambil memasakkan hehehehe.

Persiapan menunggu berbuka yang terakhir malam raya la tu.

Hari Raya tahun ni juga amat bermakna pada aku, setelah beberapa tahun aku tak dapat berhari raya bersama kaum keluargaku. pada kali ini aku dan isteri mendapat cuti kebetulan pulak semua adik-adik mak aku juga turun sekali (mak dan bapa sedara aku da) memang happy giler. dalam- suka-suka ni aku kekadang mula terkenang kan aruah bapa aku masa ni kalau aruah masih hidup dialah akan jadi mastermind untuk group -group bapa sedara aku ni. hati ini terkilan juga sebab x dapat balik ke Perlis kampung halaman aruah bapa aku, tapi nak buat mcm mana sebab mak aku nak beraya di Perak Tahun ni so sebagai anak aku hanya mengikut je. Dan lagi dah lama rasanya aku x melawat kekubur aruah bapa aku entah terang ker bersemak x tau lah yang penting niat bersedekah kan sepotong ayat suci al-quran kepada aruah. x semestinya nak kena tunggu hari rayakan sebagai anak dah menjadi kewajipan aku untuk sedekahkah bacaan al-quran dan zikir kepada aruah setiap hari yang penting niat kita tu betula dan Allah maha mengetahui.

kiri : adik aku dan keluarga kanan : aku dan keluarga

Nak cerita pulak pasal hari raya aku ni bukan apa ni lah hari yang paling aku takut sebab banyak kali juga aku terlepas sembahyang raya ni ( alamak terkantoi lak) kali ni raya jatuh pada hari jumaat so sendiri mau ingatlah 2 kali sembahyang kat masjid la pada setengah hari tu kan.. so nak jalan-jalan tu kena tengok juga masa sebab takut terlanggar waktu solat jumaat kan. Ok selepas kita orang habis sembahyang raya kita orang pun balik ke rumah makan dulu,

apa-apa pun perut isi dulu heheheh

 dan bermaaf-maafan bersama ahli keluarga dekat sinilah buat aku sedih sebab aku x dapat dah mencium tangan aruah bapa aku..

aku gambar sebelah kiri dengan mak. yang kanan ni sepupu ku dengan bapa sedara aku.

Selepas dah salam-salam tu kitaorang pun bergerak ke rumah atuk aku di Kuala Kangsar kat sana aku telah diserang oleh sekumpulan sepupu-sepupu aku yang masih x cukup umur adoiyai parah poket aku ni ... sebenarnya ini lah yang menambahkan seri hari raya walaupun x digalakan sebabnya x semua yang berhari raya tu berduit maka kenalah beringat.
kan dah cakap aku kena serbu....ambik ko dulu mak bapa diorang bagi kat aku

Masa kat kampung ni aku berkesempatan berjumpa tok aku yang masih terlantar sakit di rumah. Sedih bila aku tgk tok aku ni yer la masa aku kecik-kecik tok aku ni rajin bawa aku jalan-jalan naik vespa dia aku selalu juga kalau balik kampung jer mesti ikut dia.

 Paksu aku dan orang umah aku tgh melayan tok aku yang terbaring.

Kita orang tak lama kat situ pastu kitaorang gerak lak g raya kat umah sedara-mara di kawasan sekitar Kuala Kangsar yer la dah lama tak jumpa.

sepupuku dan adik-adik aku.

MERIAHKAN. sepupu dan maksedara diorang

ha tu raya pertama  sekarang ni cerita lak cikit pasal raya kedua lak

RAYA KEDUA MALAM BBQ

aku sebenarnya dah tak tau nak tulis aper dah so korang tengok jer lah gambar yek 


adik beradik 
kiri atas, Hasmah, Sarimah
bawah kiri, Ismail dan Abdul Jalil
sorang lagi Faridah lambat sampai  hehehe

masa ni tgh memikir macam mana nak buat
sapa nak masak , sapa nak nyalakan api  yer ker.....


Apek Rosdin berjaya menyalakan api setelah 1 jam cubaan

hero-hero di belakang tabir menjayakan sesi BBQ Raya

yang angkat jari tu Hero utama untuk BBQ kalau takder paksu ni alamat
 x buat jugak ler .......

ha masa ni tgh berpeluh masak udang ngan sotong ni....

mereka -mereka di belakang tabir hari BBQ Raya

DAN HASILNYA HEHEHEHEHE
sebenarnya banyak lagi sajer jer tunjuk yang ni.

Ok lah rasanya sampai disini sajer coretan ku di Aidilfitri sebenranya untuk malam BBQ tu yang menjayakan nya ramai oleh kerana ini jer gambar yang aku ada maka yang ader jer lah dapat aku masukan. so akhir kata dari aku kepada korang. 
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
sekiranya ada terkasar bahasa ur tersilap tulis disini,kepada mereka -mereka yang terlibat juga Ijan mohon seribu kemaafan sekiranya ada yang terguris di hati dengan coretan ini. pohon ampun dan restu dari anda semua. wasallam.






1 comment:

NAZRUL HAMIZAN said...

BILA LAK NAK RASA RAYA MCM NI LAGI

aDa LaGi Da....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...