23 Jamadil Awal 1431H.
Apakah hukum memakan ketam batu? Haram atau makruh?
jawapan:
Apa yg ditanya adalah perihal binatang 2 alam.
Setakat pencarian saya, tidak terdapat sebarang dalil
yang khusus mengatakan binatang 2 alam itu haram di makan.
Persoalannya, bagaimana pula hukum ini boleh keluar apatah lagi
ia merupakan qaul yg masyhur dalam mazhab syafi’e
sepertimana dinukilkan oleh kitab2 an-Nawawi; Imam Rafi’iy
dan al-Ghazali. Pendapat ini juga dipegang oleh mazhab Hanbali.
Mereka yg mengatakan binatang 2 alam ni haram
di makan berdasarkan hadis berikut:
Dr Abdur rahman ibn Utsman menerangkan,
“Dihadapan Rasulullah saw seorang tabib memeperagakan
semacam ubat dan dia menyebutkan tentang hal katak yg
dimasukkan ke dalam ubat itu.
Rasulullah saw melarang kita membunuh katak itu.
”[HR Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa’I]
Hukum ke atas katak ini, kemudian
diqiaskan kpd yg hidup sepertimana katak.
Sabdanya lagi, “Airnya,(iaitu laut)
menyucikan dan halal bangkainya.”
Hadis di atas merujuk kpd hidupan laut.
Adapun binatang 2 alam ini tidak termasuk dalam
keterangan di atas kerana mereka juga hidup di darat.
Maka berdasarkan firman Allah di bawah, mereka
membuat kesimpulan bahawa 2 alam itu haram di makan.
“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai,…..”[5:3]
Di samping itu terdapat juga beberapa hadis
yg menjelaskan ayat di atas iaitu:
Rasulullah saw bersabda, “Dihalalkan utk kita 2 jenis bangkai
dan dua jenis darah; ikan dan belalang, hati dan limpa.”
Ulama’ mengqiaskan ikan itu kpd segala jenis hidupan
laut yg hanya tinggal di dalam laut/air.
Oleh itu, binatang 2 alam tidak termasuk.
Walaupun begitu, perlu kita ketahui bahawa dalam Islam,
Bahawa asal setiap sesuatu ciptaan Allah adalah harus.
Ia tidak diharamkan melainkan jika ada nash
yang sahih lagi sharih (jelas/tegas) dari syari’ yang mengharamkannya.
Jika di sana tidak ada nash yang sahih – seperti ada nash tetapi
dengan hadis dha’if – atau nash berkenaan sahih tetapi tidak sharih
dalam menunjukkan keharamannya, maka hal ini akan kekal
atas sifat asalnya sebagai hal yang diharuskan.
Daripada Abi Darda’, Rasulullah saw bersabda,
“Apa yang Allah halalkan di dalam KitabNya,
maka ia adalah halal. Dan, apa yang Allah haramkan,
maka ia adalah haram. Manakala apa yang didiamkan olehNya,
maka ia adalah dimaafkan.
Oleh itu, terimalah kemaafan dari Allah.
Sesungguhnya Allah tidak akan lupa sedikitpun.
” Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat:
“Dan Tuhanmu tidak pelupa.”(Maryam: 64) (HR Al-Hakim,
dan dia mensahihkannya
dikeluarkan oleh al-Bazzar, dia berkata: Sanad yang baik).
Maka, berdasarkan dalil yg dipakai oleh mereka yg
mengatakan binatang 2 alam itu haram,
kita dapati tidak terdapat satupun yg khusus
menunjukkan ke arah keharamannya.
Dalil yg paling hampir ialah mengenai katak.
Tetapi berdasarkan kaedah yg telah diutarakan,
kalau kita menerima hadis ini menunjukkan keharaman,
keharaman itu hanyalah ditujukan kepada katak.
Mengqiaskannya kpd semua yg hidup 2 alam itu tidak tepat.
Sekiranya kita menerima pendpt haramnya binatang 2 alam,
mengapa pula kita boleh memakan
ketam/kerang yg pada biasanya dijual di pasar2 dalam
keadaan hidup.
keadaan hidup.
Bukankah itu membutikan binatang ini
mampu hidup di atas darat?
Pendapat yg kuat ialah secara umumnya,
binatang 2 alam itu halal. Dia didiamkan syara’.
Hanya saja kita perlu ingat, bahawa Islam juga
ada menggariskan satu lagi kaedah dalam
mengenal pasti halal atau haramnya sesuatu binatang itu,
iaitu berdasarkan kpd firman Allah swt:
“Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini
yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak
syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh
yang terang-terangan bagi kamu.” (al-Baqarah: 168)
“Katakanlah! Aku tidak menemukan tentang sesuatu
yang telah diwahyukan kepadaku soal makanan
yang diharamkan untuk dimakan, melainkan bangkai,
atau darah yang mengalir, atau daging babi;
karena sesungguhnya dia itu kotor (rijs),
atau binatang yang disembelih bukan karena Allah.
Maka barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa
dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas,
maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun
dan Maha Belas-kasih.” (al-An’am: 145)
Dari ayat di atas, illat kpd keharaman bangkai,
darah yg megalir, babi adalah kotor(bolded).
Berdasarkan illat ini, kita boleh mengqiaskannya
kpd apa2 binatang yg mempunyai illat
yg sama dgnnya iaitu kotor. Sebagai cth,
sekiranya kita melihat sesuatu binatang itu
sememangnya kotor dari segi gaya hidup dan seumpamanya,
maka ia menjadi haram.
sememangnya kotor dari segi gaya hidup dan seumpamanya,
maka ia menjadi haram.
Walaupun begitu, kita perlu ingat, kadang2 uruf dari
satu tempat ke satu yg lain itu berlainan.
Mungkin pada masyarakat m’sia, binatang itu menjijikkan,
ttp pada masyarakat China tidak pula.
Maka, kesimpulannya, setiap apa yg dinyatakan
dalam nas yg mengatakan ianya haram, itulah haram.
Yg tidak dikatakan haram, maka ia didiamkan syara’.
Namun Islam menitikberatkan kebersihan.
Tinggalkanlah sesuatu perkara yg dianggap
pada dirinya jijik dan kotor.
Ttp jgn pula kita menjadi pelik jika ada org
yg memakannya di negara lain.Wallahuaklam
Rujukan
Fiqh & Perundangan Islam
Dr Wahbah al-Zuhaily
Koleksi Hadis2 Hukum
TM Hasbi
Al-Halal wal-Haram fi Islam
Dr Yusuf al-Qaradhawi
al-ahkam
--Cina Islam
1 comment:
boleh saya katakan sesuatu? kenal tk ketam nipah dan ketam batu yang mana satu? yg dipertikaikan blh makan ke tak tu ketam batu... ketam nipah sememangnya boleh dimakan..
Post a Comment